Thursday, August 25, 2011

Ucapan Salam Aidilfitri.....

Maaf la ye... blog bersawang di bulan Ramadhan ni....
Sempena Aidilfiri bakal menjelang....

(click digambar untuk imej yang lebih besar)


Idan : lagu ni kesukaan aku..... sedih... sob... sob... sob.....

Tuesday, August 16, 2011

Kenangan kari ayam...

gambar hiasan

Semenjak dua menjak ini, aku agak sensitif apabila ternampak mana-mana  hidangan kari ayam. Kari ayam sememangnya adalah hidangan kegemaran aku. Aku akan terliur apabila ternampak lauk kari ayam. Namun hidangan kari ayam juga menjadikan aku agak sedih.

Hidangan kari ayam adalah antara hidangan utama dalam juadah hari raya. Tapi itu semua sudah menjadi kenangan. Sudah hampir 6 tahun juadah kari ayam sudah tidak menjadi menu utama di meja di kala menjelangnya syawal. Bagi aku, kari ayam dihidang bersama ketupat sudah cukup lengkap menu aku pada tiap kali syawal. Bukannya aku tidak suka hidangan lain seperti ayam masak merah, rendang daging, lodeh dan serunding, tapi selera aku lebih kepada hidangan kari ayam... terutama hasil air tangan arwah mak aku. Arwah emak tidak pernah lupa untuk menyediakan menu tersebut.

Setelah hampir 6 tahun kepergian arwah emak, tiada lagi hidangan tersebut menjadi menu utama di pagi syawal. Mungkin hidangan kari ayam bukan lagi menjadi menu utama bagi kakak-kakakku. Benar kata orang, kasih ibu tidak terbanding dengan kasih orang lain. Pernah aku suarakan kenapa hidangan itu tidak lagi di masak, dengan pantas ada yang mencelah, " alaaa, lauk tu kau je yang makan kan... jadi kalau tak masak pun takpe...", itulah ayat yang keluar dari mulut mereka.

Malah sudah menjangkau enam tahun dan ada kemungkinan pagi hari raya tahun ini pun tiada hidangan tersebut. Sepanjang 6 tahun tanpa kelibat arwah emak, jika aku begitu teringin menjamah kari ayam, aku akan masak sendiri kerana tiada yang sudi nak bertanyakan selera aku jika hidangkan makanan. Jadi apa yang aku teringin makan, akan aku masak sendiri.

Teringat aku satu ketika arwah emak pernah bertanya, " Idan nak makan lauk apa ek arini?", pantas aku menjwab, "aik mak... tak pernah tanya pun sebelum ni. Selalukan emak masak apa yang abang suka makan kan, takpe la mak... mak masak laaa apa yang abg suka, idan makan je...". dan aku tidak sangka sebenarnya itu adalah tanda bahawa tak lama selepas itu arwah mak pergi meninggalkan kami. Kata-kata itu tidak pernah aku lupakan sampailah ke hari ini. Timbul kekesalan pula aku menjawab begitu pada arwah mak.

Mungkin disebabkan itu, aku sudah jarang dapat merasa apa sahaja masakan kesukaan aku dihidang di meja makan. Namun begitu aku bertekad, jika tiada menu kari ayam untuk syawal tahun ini, Akan aku usahakan bangun awal pada pagi syawal, untuk memasak sendiri hidangan kari ayam kegemaranku. Cukuplah hampir 6 tahun tiada hidangan tersebut. Tahun ini pasti ada hidangan Kari Ayam kegemaran aku. AKU PASTI!