Tuesday, May 31, 2011

Amerika la tu konon.....

Adoyai... baru terjumpa satu video klip yang memaparkan lagu nyanyian Prema Yin dengan dibantu Shah Jaszle. Aku rasa penampilan Prema Yin ni perlu digam seperti mana yang pernah dihadapi Hero Superman Malaya Faizal Tahir. Barulah orang kata setiap tindakan tatatertib itu adil dan saksama.

Video klip ini diarahkan oleh Gambit Saifullah (pelakon baru tu ke) dan Umair Muhammad. Agak jelak melihat setiap bahagian video klip ini. Kalau hendak menonjolkan kreativiti bukannya dengan aksi mengghairahkan dan menjelakkan itu.

Anda nilaikanlah sendiri klip video ini

Monday, May 30, 2011

Menyerah.... mengalah....


Ketika kita menjalani hidup di alam fana ini adakalanya kita merasa bagaikan tidak tertahan dalam menghadapi apa saja yang telah, sedang atau akan berlaku. Apabila kita dilanda ujian dariNya, sesekali kita akan merasa bagaikan ingin berputus asa dengan kehidupan ini.

Berputus asa bukanlah jawapan mutlak bagi semua persoalan hidup kita selama ini. Setiap ujian yang kita hadapi adakalanya membuat kita senantiasa beringat agar tidak melakukan kesilapan yang sama pada masa hadapan. Ianya juga memberikan kita kekuatan dalam menghadapi ujian yang bakal kita hadapi nanti. Ianya bagaikan benteng yang semakin kukuh setiap kali kita hadapi ujian demi ujian.

Kekuatan dalaman kita juga akan bertambah kukuh, dan kita semakin yakin untuk terus menjalani kehidupan ini.

beringatlah.... PUTUS ASA bukanlah jawapan mutlak atau alasan untuk tidak meneruskan kehidupan ini.

Sunday, May 29, 2011

sunyi ek..... kenapa ek....


Apabila kita sedang bersendirian, kita akan merasa amat kesunyian. Pada masa itulah kita akan mula teringat-ingat, merindui seseorang dan semua kenangan yang pernah kita lalui akan mula terpapar di kotak pemikiran kita.

Adakalanya pada ketika itu, kita akan tertawa, menangis, tersenyum, marah dan semua perasaan yang ada dalam diri kita akan keluar bergantung kepada perkara apa yang sedang kita imbaukan.

Terdapat juga orang yang merasa sunyi dalam hiruk pikuk orang disekelilingnya. Kita akan berada di dunia sendiri apabila perasaan sunyi itu datang walaupun pada masa itu terdapat kenalan kita bersama kita pada saat itu. Kenapa agaknya perkara ini berlaku?

Persoalan ini bergantung kepada individu itu sendiri. Kemungkinan terdapat kesan kerinduan kepada seseorang ataupun menginginkan seseorang yang memahaminya dekat padanya. Ini berlaku kerana teman-teman yang ada di sekeliling tidak memenuhi kehendak hati kita yang akan mengisi kekosongan yang merupakan antara sebab seseorang itu kesunyian.

Walaubagaimanapun, sesunyi manapun kita, kita harus sedar bahawa sentiasa ada yang sudi mengisi kesunyian yang berlaku pada diri kita. Tetapi masalahnya penerimaan dari pihak diri kita sendiri itulah punca kita masih kesunyian.

Saturday, May 28, 2011

Aduhai hari sabtu.....

S.A.B.T.U. aka Saturday merupakan hari bekerja bagi aku.... Selalunya hari sabtu ni memang kerja tak banyak.. maka dengan itu hari sabtu merupakan hari bosan sedunia aku dan staf kat ofis ni.

Walaupun hanya bekerja setengah hari sahaja, tapi alangkah baiknya kalau diisyhtihar cuti... kan... kan... kannn...

Apa nak buat dah ini jalan rezeki aku, jadi aku redhakan je laaa...

SEMANGAT... chaiyok...

Friday, May 27, 2011

Kongsi dapat RM8 juta?



Perghhh bukan kemain David Teo ni dengan filem KONGSI. Dah menjangkau RM8 juta pungutan di pawagam. Malah dijangka boleh mencecah RM10 juta.

Assalamualaikum.......

Dah lama blog ni dah bersawang. Entahkan sebab apa membuat diri rasa malas nak menjadi blogger tegar. Insya Allah selepas ni kalau tiada sebarang penghalang, aku akan mula menjadi blogger semula.

Aduhai hati, bukakanlah hatimu agar ku bersemangat semula..

Amin.....