Thursday, June 23, 2011

Kelebihan Surah Al Fatihah





Surah al-fatihah jika dibaca 41x pada segelas air suam untuk diminum, diusap pada muka, tangan dan kaki orang yang mengidap demam panas, insyaallah akan segera sembuh.

* Baca dan diamalkan 7x selepas solat fardu, insyaallah orang yang mengamalnya dihindari dari segala kesusahan hidup.

* Dibaca surah ini 41x selepas solat subuh, insyaallah akan mudah mendapat rezeki, hutang langsai dan akan disenangi orang apabila bertemu dengannya

* Dibaca surah ini 41x selamat dari bala bencana. Dibaca وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ tiga kali senafas ditiup pada binatang garang atau orang zalim dengan izin Allah tidak akan dapat memudharatkan kita.

Wallahu A'lam

Wednesday, June 15, 2011

Betul ke ni?




Betulkah yang dilaporkan oleh malaysiakini bahawa perbelanjaan RM1.8juta dibelanjakan untuk membuat 8 Facebook Fanpage untuk Kementerian Pelancongan?

Jika ianya benar, diharap pihak yang berkenaan tampil untuk memberikan penjelasan agar rakyat tidak terkeliru dengan laporan yang dibuat oleh malaysiakini ini. YB Ng Yen Yen patut menjelaskan isu ini sendiri.

Menurut satu blog http://semutmalaysia.blogspot.com, melaporkan bahawa isu ini telahpun dilaporkan di CNN. Anda perlu tahu bahawa laporan tersebut bukan dibuat oleh pihak CNN sendiri seperti yang anda lihat terdapat perkataan "NOT VETTED BY CNN". Ini bermakna laporan itu dibuat oleh orang persendirian yang menghantar laporan tersebut tanpa diedit oleh pihak CNN. Ini bermakna laporan tersebut boleh dibuat oleh sesiapa sahaja.

Sekali lagi ingin diingatkan bahawa pihak yang bertanggungjawab di Kementerian Pelancongan mesti menjelaskan kedudukan sebenar isu ini.

Anda cukup bijak untuk menilai laporan tersebut.

Tuesday, June 14, 2011

Nilai sebuah persahabatan....



Aku rindukan saat ketika aku berada di kampus. Lima tahun berada di sana, pelbagai kenangan suka dan duka, pahit dan manis dan ada yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Semuanya itu akan aku abadikan dalam kotak memori aku.

Ketika dalam meniti zaman kampus, aku ade dua orang sahabat baik. Ecal dan Man, merekalah yang menjadi teman baikku. Selama 5 tahun kami duduk sekelas dan menjalani course yang sama. Kami bertiga terlalu rapat sehinggakan pada satu-satu ketika kalau salah seorang dari kami yang tidak hadir ke kuliah, makanya yang berdua itulah yang akan di tanya ke mana menghilangnya seorang lagi.

Ecal adalah seorang teman yang berasal dari Selangor. Agak rajin orangnya dan menjadi sumber bagi aku dan man untuk dapatkan nota-notanya yang disalin dengan cantik, malah siap dengan nota kecil untuk peperiksaan akhir. Dia juga agak pandai berbanding aku dan Man. Alhamdulillah dengan tunjuk ajarnya, kami berdua juga mendapat CGPA yang agak baik.. walaupun CGPA Ecal ini lebih baik.

Man pula berasal dari Melaka. Karakter Man yang agak lembut. selalu mengundang dirinya kerap di ganggu oleh penghuni-penghuni kampus yang selalunya berlagak macho di depan awek tetapi bila di asrama, mulalah mencari sumber untuk lampiaskan nafsu. Aku dan Ecal telah di amanahkan untuk memerhati gerak geri Man di kampus oleh ibubapanya sendiri. Alhamdulillah, Man jarang diganggu dengan teruk kerana aku dan Ecal sentiasa melindungi Man dari terus diganggu oleh budak-budak gersang di asrama.

Aku dan Ecal pernah mengalami saat yang amat menjerihkan. Entahkan apa sebabnya, tiba-tiba aku rasakan Ecal menjauhi aku. Aku hanya berdiam melihatkan gelagat Ecal. hampir sebulan kami berdua tidak bertegur sapa dan mengelakkan diri masing-masing daripada bersemuka. Malah keadaan itu disedari oleh semua kenalan kami dan mereka selalu bertanya akan sebab mengapa perkara ini berlaku. Namun begitu, Kami berdua tetap menafikan segalanya. Man sebagai sahabat kami telah menyuruh aku dan Ecal bersemuka berdua tanpa diganggu oleh sesiapa untuk menyelesaikan kekalutan yang berlaku. Saat itu suasana yang pada mulanya sepi diantara aku dan Ecal, akhirnya berpanjangan dengan pertikaman lidah di mana masing-masing menyalahkan pihak bertentangan. Alhamdulillah, setelah segala pertikaman lidah itu berlaku, kami berdua berpelukan dan airmata penyesalan turut mengalir antara kami berdua.

Di saat berakhirnya pengajian, kami bertiga bagaikan berat hati untuk berpisah. Di hari terakhir pengajian, kami berpelukan sambil menangis atas perpisahan kami itu. Pastinya saat-saat bersama selama 5 tahun itu tidak akan kami alami lagi. Di hadapan keluarga masing-masing kami menangis bersama-sama tanpa rasa malu di perhatikan oleh orang lain. Kami paterikan persahabatan itu sehingga ke hari ini.

Man dan Ecal... kaulah sahabat baikku dunia dan akhirat..... aminnn....

Di Mana kan Ku Cari Ganti

Friday, June 10, 2011

Nilaikan sendiri.....

Ketika sedang asyik menonton sebahagian klip-klip di dalam Youtube, aku terjumpa satu klip yang menarik perhatian aku. Aku melihat klip tersebut bukan dari sudut pandangan pengikut mana-mana parti politik di negara ini tetapi dari sudut pandangan seorang muslim.Satu klip adalah petikan daripada satu ceramah politik salah satu parti politik.




Berikut adalah reaksi balas terhadap klip di atas.



Aku ingin memberi sedikit persoalan berkenaan klip-klip tersebut.
  • Bayangkanlah kalau seorang yang bergama lain menonton klip pertama, apakah pandangan mereka terhadap penghinaan itu terhadap pemimpin Islam kita di Malaysia?
  • Wajarkah semua penghinaan ini dibuat oleh seorang yang pada pandangan kita secara fizikalnya pasti salah seorang yang pandai dalam hal-hal agama?
  • Adakah ini cara yang berlandaskan agama?
Bagi diri anda yang menonton sendiri klip tersebut. Nilaikan klip tersebut bukan dari sudut pandangan politik, tapi berlandaskan nilai-nilai seorang manusia biasa.

Peringatan! Aku bukan penyokong mana-mana parti politik( atas pagar ).

Wednesday, June 8, 2011

Astro oooo Astro.....






Astro ooo astro.....
Make your life richer motonya
richer ke hahahahaha (bersenandung lagu sedih )

Haa kat sini aku nak kongsi bersama senarai harga baru langganan Astro yang akan berkuatkuasa 11 Julai 2011.

Terdapat pakej terbaru iaitu SUPER PACKAGE ASTRO yang bernilai RM125 bersama-sama dengan pakej seperti di bawah:

  • Family Package
  • 3 Mini pakej
  • Movie n Sport Package
  • Tayangan Hebat Package
  • Mustika Package
  • PVR ( Recording service )
Biasanya kalau di kira dan dihitung semua pakej tersebut, bayarannya dalam RM160++. Tapi dengan super pakej ni cuma RM125 je. Termasuk RM20 HD service dan RM10 record service, Kalau belum ada PVR RM150 untuk installation PVR ( Harga sebenar RM300).


Apa-apa hal, nilaikan sendiri ek.. berbaloi atau tidak....

Warkah buat abah



(Bacalah sambil diringi lagu di atas)

Assalamualaikum abah,
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat-Nya Abah masih dikurniakan dengan kesihatan yang baik. Sememangnya itu adalah doa anak-anak abah selama ini.

Abah...
Setelah pemergian arwah emak, pada mulanya abah menjadi agak pendiam dan jarang ada di rumah. Betapa sepinya abah ketika itu kan. Setelah lebih 50 tahun hidup bersama, arwah emak pergi meninggalkan kita. Tetapi Alhamdulillah tidak lama selepas itu hidup abah mula ceria kembali setelah hadirnya cucu abah yang tidak sempat menemui ayahnya kerana meninggal dunia ketika cucu abah tu berusia 5 bulan dalam kandungan. Abah telah menjadi ceria dan mula memenuhi hati cucu abah yang menjadi yatim sebelum dari kelahirannya itu.

Abah...
Walau hasrat anakmu ini pernah abah tentang, namun sekelumit dendam tidak pernah ada dalam hati anakmu ini abah. Pasti ada alasannya abah lakukan itu semua. Jodoh, hidup dan mati itu adalah ketentuan-Nya. Walaupun pada mulanya hati anakmu ini terluka namun anakmu ini tidak pernah menyalahkan abah. Pasti itu memang sudah menjadi qada' dan qadar anakmu ini.

Abah...
Ini adalah permintaan dari hati seorang anak buat abah. Jagalah diri abah selalu, kalau anak abah ini ada membuat salah kepada abah, maafkan ye abah. Sememangnya kadangkala terluka juga dengan sikap abah namun anakmu ini paham akan sebab kenapa berlaku demikian. Pasti ada alasan abah yang tersendiri. Apalah sahaja kelukaan seorang anak kepada abahnya dibandingkan setiap titik peluh abah dalam membesarkan anak abah ini dan lain-lain.

Ikhlas dari anakmu,
Shahidan

Allah berfirman,

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah :Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." 
(Al-Isra [17]:23-4)

"Salam Hari Bapa"

Mencari ketenangan jiwa....


Firman Allah dalam surah Ar-Ra’du ayat 28
Maksudnya : ” Orang-orang yang beriman menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah bahawa dengan mengingati Allah itu tenteramlah hati. “

Friday, June 3, 2011

Sharing is caring.......

Dalam ketika aku sedang blogwalking, tiba-tiba terjumpa satu website yang agak baik untuk dikongsi bersama. Kevin Zahri adalah seorang profesional dalam bidang pemakanan. Terdapat banyak tips yang berguna untuk kita bersama.

Di dalam website beliau juga, terdapat beberapa e-book untuk kongsikan bersama. Kenalah bayar sedikit kan, Perkara yang baik kalau kita laburkan akhirnya kita juga yang dapat ganjarannya.

Sila klik disini

Wednesday, June 1, 2011

Takkan pisah?


Berita tentang dirimu telah disunting benar-benar mengejutkanku. Bagaikan setiap baris kata di dalam smsmu itu adalah pedang-pedang yang menikam hati aku. Aku terduduk kaku membacakannya. Airmata bagaikan mau tertumpah namun itu aku tahankannya. Kakak-kakakku yang duduk berhampiran juga bagaikan terkejut dengan reaksi aku yang mengejutkan itu. Lalu aku berikan mereka membaca tiap baris katamu dalam smsmu:

"maafkan sayang ye bang, sebenarnya ada orang datang merisik minggu lepas, mak dan abah dah menerima dan kami akan bertunang seminggu selepas hari raya. maaf ye bang"

Ketika sambutan hari raya, semua orang menyambutnya dengan meriah. Namun hati aku sejuk dan dingin dalam menghitung hari pertunanganmu. Cincin yang pernah aku sarungkan ke jari manismu aku genggam sehingga hari ini.

Setelah itu, aku dikhabarkan olehmu bahawa dirimu akan dinikahkan pada bulan Jun dan engkau menjemputku untuk hadir di majlismu. Aku keliru adakah engkau sengaja bertindak kejam ka atasku atau kau ingin melihatku di hari persandinganmu untuk mengucapkan selamat tinggal kepadaku. Aku tidak sanggup melihatmu di pelamin bersama insan lain.

Hampir dua tahun aku menanggung derita untuk cuba melupakanmu. Aku bagaikan sudah menutup hatiku untuk menerima insan lain....



Rajuk


Lewat petang itu wajahmu kulihat agak tawar. Tanpa senyuman dan keceriaan yang selalu aku harapkan. Hanya kerana aku tiba agak lewat sedikit, engkau terus menarik muka. Puas aku memujuk namun engkau tetap dengan rajukmu.

Setibanya aku tadi, engkau kulihat agak muram dan kurang mengeluarkan kata-kata. Sepatah yang aku tanya, sepatah jua yang kau luahkan. Walaupun telah sampai ke rumahmu, engkau masih lebih banyak berdiam denganku walaupun engkau agak ramah bersama keluargamu. Maafkan aku sayang, bukan niatku hadir lewat begini.

Sehinggakan pada ketika kau menghantarku pulang untuk menaiki teksi, engkau masih membisu. Berat hati ini hendak meninggalkanmu pada waktu itu. Walaupun pada teksi telah mula bergerak meninggalkan mu. Mataku tidak lari dari memandangmu yang agak muram sedari mula aku hadir sehinggalah tika kepulanganku.



Detik inilah yang tidak pernah kulupakan kerana itulah kali terakhir aku bertemu keluargamu dan juga dirimu. Tidak ku sangka rupanya detik itu juga adalah memori terakhir kita bersama. Denagn wajah murungmu itulah menemani saat terakhir kita bertemu. Ciumanmu ditangan inilah tinggalan memori indah untuk ku bawa hingga ke hari ini.

Maafkan abang ye sayang.....