Apabila kita sedang bersendirian, kita akan merasa amat kesunyian. Pada masa itulah kita akan mula teringat-ingat, merindui seseorang dan semua kenangan yang pernah kita lalui akan mula terpapar di kotak pemikiran kita.
Adakalanya pada ketika itu, kita akan tertawa, menangis, tersenyum, marah dan semua perasaan yang ada dalam diri kita akan keluar bergantung kepada perkara apa yang sedang kita imbaukan.
Terdapat juga orang yang merasa sunyi dalam hiruk pikuk orang disekelilingnya. Kita akan berada di dunia sendiri apabila perasaan sunyi itu datang walaupun pada masa itu terdapat kenalan kita bersama kita pada saat itu. Kenapa agaknya perkara ini berlaku?
Persoalan ini bergantung kepada individu itu sendiri. Kemungkinan terdapat kesan kerinduan kepada seseorang ataupun menginginkan seseorang yang memahaminya dekat padanya. Ini berlaku kerana teman-teman yang ada di sekeliling tidak memenuhi kehendak hati kita yang akan mengisi kekosongan yang merupakan antara sebab seseorang itu kesunyian.
Walaubagaimanapun, sesunyi manapun kita, kita harus sedar bahawa sentiasa ada yang sudi mengisi kesunyian yang berlaku pada diri kita. Tetapi masalahnya penerimaan dari pihak diri kita sendiri itulah punca kita masih kesunyian.

1 comment:
Kesunyian akan terbit bilamana kerinduaan menyelubungi diri ini takkala sendirian
Post a Comment