Lewat petang itu wajahmu kulihat agak tawar. Tanpa senyuman dan keceriaan yang selalu aku harapkan. Hanya kerana aku tiba agak lewat sedikit, engkau terus menarik muka. Puas aku memujuk namun engkau tetap dengan rajukmu.
Setibanya aku tadi, engkau kulihat agak muram dan kurang mengeluarkan kata-kata. Sepatah yang aku tanya, sepatah jua yang kau luahkan. Walaupun telah sampai ke rumahmu, engkau masih lebih banyak berdiam denganku walaupun engkau agak ramah bersama keluargamu. Maafkan aku sayang, bukan niatku hadir lewat begini.
Sehinggakan pada ketika kau menghantarku pulang untuk menaiki teksi, engkau masih membisu. Berat hati ini hendak meninggalkanmu pada waktu itu. Walaupun pada teksi telah mula bergerak meninggalkan mu. Mataku tidak lari dari memandangmu yang agak muram sedari mula aku hadir sehinggalah tika kepulanganku.

Detik inilah yang tidak pernah kulupakan kerana itulah kali terakhir aku bertemu keluargamu dan juga dirimu. Tidak ku sangka rupanya detik itu juga adalah memori terakhir kita bersama. Denagn wajah murungmu itulah menemani saat terakhir kita bertemu. Ciumanmu ditangan inilah tinggalan memori indah untuk ku bawa hingga ke hari ini.
Maafkan abang ye sayang.....
Maafkan abang ye sayang.....
2 comments:
Kenangan demi kenangan, menjelma kini....., Walaupun ia pahit, makin dikenang makin manis tapi janganlah sampai ia merobek keindahan cinta sekarang
Pengakhiran yang tidak berkata-kata menimbulkan banyak persoalan, Mengapakah si dia harus membisu sedangkan pernah terpacul perkataan sayang padanya. Pernah berjanji setia..
Post a Comment