(Bacalah sambil diringi lagu di atas)
Assalamualaikum abah,
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat-Nya Abah masih dikurniakan dengan kesihatan yang baik. Sememangnya itu adalah doa anak-anak abah selama ini.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat-Nya Abah masih dikurniakan dengan kesihatan yang baik. Sememangnya itu adalah doa anak-anak abah selama ini.
Abah...
Setelah pemergian arwah emak, pada mulanya abah menjadi agak pendiam dan jarang ada di rumah. Betapa sepinya abah ketika itu kan. Setelah lebih 50 tahun hidup bersama, arwah emak pergi meninggalkan kita. Tetapi Alhamdulillah tidak lama selepas itu hidup abah mula ceria kembali setelah hadirnya cucu abah yang tidak sempat menemui ayahnya kerana meninggal dunia ketika cucu abah tu berusia 5 bulan dalam kandungan. Abah telah menjadi ceria dan mula memenuhi hati cucu abah yang menjadi yatim sebelum dari kelahirannya itu.
Abah...
Walau hasrat anakmu ini pernah abah tentang, namun sekelumit dendam tidak pernah ada dalam hati anakmu ini abah. Pasti ada alasannya abah lakukan itu semua. Jodoh, hidup dan mati itu adalah ketentuan-Nya. Walaupun pada mulanya hati anakmu ini terluka namun anakmu ini tidak pernah menyalahkan abah. Pasti itu memang sudah menjadi qada' dan qadar anakmu ini.
Abah...
Ini adalah permintaan dari hati seorang anak buat abah. Jagalah diri abah selalu, kalau anak abah ini ada membuat salah kepada abah, maafkan ye abah. Sememangnya kadangkala terluka juga dengan sikap abah namun anakmu ini paham akan sebab kenapa berlaku demikian. Pasti ada alasan abah yang tersendiri. Apalah sahaja kelukaan seorang anak kepada abahnya dibandingkan setiap titik peluh abah dalam membesarkan anak abah ini dan lain-lain.
Ikhlas dari anakmu,
Shahidan
Allah berfirman,
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah :Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."
(Al-Isra [17]:23-4)"Salam Hari Bapa"
1 comment:
tapi aku dah tiada abah, tiada mak. Abah ku meninggal belum sempat cucu pertamanya panggil atuk, lom lahir lg pon cucu tu.
Abah.. anak2 abah semuanya dh berumah tangga, Kami menpunyai kehidupan sendiri. Buat pengetahuan abah, alhamdulillah perhubungan anak2 abah dan mak ini, amat baik sekali, tidak ada langsung permusuhanan atau dengki mendengki. Terima kasih atas didikan dan bimbingan mu.
Post a Comment